Isnin, 17 Oktober 2011

PENGENALAN

INSPIRASI BERSATU RESOURCES ialah sebuah syarikat milik penuh bumiputra. Idea penubuhan syarikat ini bermula daripada seorang pemilik syarikat yang mempunyai cita-cita tinggi untuk menceburi bidang perniagaan. Ditambah lagi dengan rakan-rakan keluarga yang merupakan ahli perniagaan. Atas dorongan itulah maka wujudnya syarikat ini.

INSPIRASI BERSATU RESOURCES telah ditubuhkan dan diperbadankan di bawah Akta Pendaftaran Syarikat, 1965 (Pindaan 2001) pada 13hb September 2011. Kini mula bergerak aktif dengan menjual alatan-alatan dan barang-barangan kepada kontraktor-kontraktor, pembekal-pembekal bumiputra, pejabat-pejabat kerajaan serta swasta dan institusi-institusi pendididkan di Malaysia.

Mempunyai kepakaran didalam bidang membekal pakaian, kain-kain, mesin jahit, peralatan jahitan, peralatan komputer, alat tulis, peralatan art designer, peralatan hardware, peralatan automatif, peralatan makmal, peralatan kelengkapan bengkel, mesin pejabat, mesin bahan mentah, perabut pejabat, alat sukan dan lain-lain.

Juga mempunyai sebuah syarikat induk yang bergerak aktif didalam pemasaran online di Mudah.com, Facebook & Blogger didalam bidang penjualan pakainan kanak-kanak iaitu QaisarahCollection's Online.

Sebagai perancangan masa hadapan bidang syarikat ini akan diperluaskan lagi secara berperingkat-peringkat mengikut keupayaan kewangan syarikat dan jumlah tenaga kerja mahir bagi memberi saingan kepada syarikat-syarikat gergasi yang sudah lama bergiat aktif.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan